Friday, April 30, 2010

|Perniagaan Internet|Budak Sekolah Pun Boleh Untuk Menjana Duit Di Internet!

Budak sekolah yang macam mana. Mengikut Google sesiapa sahaja yang umurnya melebihi 18 tahun boleh menyertai program Google Adsense. Untuk mengetahui dengan jelas program yang berkaitan sila tekan butang di sini : Program Adsense Setelah anda menekan butang berkenaan di sebelah kanan muka surat anda akan lihat satu kawasan yang memaparkan program Adsense, iaitu "Earn revenue from your website: Google AdSense". Hop! Jangan ghairah sangat. Saya ingin bertanya adakah anda sudah mempunyai email Google? Bagaimana tentang blog yang saya suruh bina dulu. Kalau belum buat apa-apa lagi sila ikuti dan layari tab-tab yang disediakan satu demi satu. Jangan takut, setakat ini masih percuma.
Pendaftaran Gmail Google
Pendaftaran Blogspot
Sebelum anda meneruskan dengan program ini, saya ingin mengulang sekali lagi tentang beberapa perkara yang telah saya sebutkan dahulu. Kalau anda ingin mengetahui secara jelas, anda boleh layari tulisan ringkas saya berhubung dengan perkara ini di blog ini juga. Anda boleh baca dari awal hingga ke hari ini, supaya anda tidak tenggelam punca. Jika ingin membuat komen, teruskan kerana anda diberi peluang untuk  berkongsi dan mempelajari bagaimana perniagaan internet itu dijalankan. Dan ini merupakan salah satu bisnes ideas yang boleh dipelajari dan dikembangkan untuk dilaksanakan bagi menjana duit di internet.
Walau pun, tidak dinafikan terdapat banyak cara untuk menjalankan perniagaan di internet, seperti menyertai program affiliate, MLM, menjual perkhidmatan dan produk, tapi program ini adalah dikira yang termudah dan senang untuk dilaksanakan. Mengapakah  saya nyatakan begitu?
Alasannya ialah anda:
  1. cekap mengguna komputer
  2. berkebolehan untuk menulis
  3. tahu membina blog
Cuma saya ingin nasihatkan supaya jangan terlalu menumpukan kepada program ini sepenuh masa, kerana anda mempunyai tugas yang lain, tugas utama anda, iaitu pelajaran yang akan menentukan untung nasib masa depan anda. Saya juga belajar seperti anda, dan saya dapat ilmu internet juga daripada pembelajaran.
Bisnes Ideas ini dipaparkan kepada anda hanya semata untuk memenuhi masa lapang anda yang saya lihat tanpa hala tuju dan matlamat. Melepak di sana sini, "berMat Rempit" dan apa sahaja yang merugikan masa depan anda. Jangan begitu. Tapi jika apa yang saya paparkan di blog ini boleh mengganggu pelajaran anda, cuba jangan teruskan. Cuma kembali setelah anda tidak mempunyai apa-apa . Maksud saya jika anda seorang yang sudah berkerja atau pun anda seorang pelajar yang tamat pengajian atau pun anda salah seorang yang tidak ada apa-apa lagi di dunia ini. Maka anda adalah orang yang paling sesuai untuk berkongsi pengalaman di blog ini.
Anggaplah di blog ini adalah tempat anda memulakan pencarian tentang ilmu perniagaan internet, berkongsi  pandangan dan akhirnya anda mungkin salah seorang yang berjaya.

Talk Soon

Thursday, April 29, 2010

Menjana Duit Melalui Blog Adsense

Sejak beberapa tahun kebelakang ini Program Google Adsense telah muncul sebagai topik, yang dibincang hangat di majlis seminar dan juga forum antara bangsa, dan lebih hebat lagi di laman blog alam maya, yang dipanggil internet.
Banyak cerita tentang kehebatan individu tertentu, yang menjadi kaya, sehingga bergelar jutawan, hanya sekadar membuat bisnes internet di rumah secara sambilan. Nampaknya Google Adsense telah dapat menguasai bisnes pemasaran internet dengan nyata, dan di anggap sebagai cara yang paling mudah untuk menjana duit di internet.
Kunci kepada kejayaan itu adalah kerana mereka berjaya meletakkan kata kunci yang mempunyai nilai permintaan yang tinggi pada laman web mereka. Hasilnya mereka berjaya mensasarkan trafik yang besar ke laman mereka. Trafik yang besar, di jangka dapat menghasilkan klik yang banyak, terhadap "ads"  yang di paparkan di laman itu.
Di laman blog terdapat 2 individu yang berinteraksi antara satu sama lain. Satu, ialah penerbit  yang empunya blog berkenaan, dan kedua ialah pengiklan, yang meletakkan iklan pada laman blog penerbit. Di sini bukanlah pengiklan yang meletakkan "ads" dalam erti kata yang sebenarnya.Kaedah untuk meletakkan "ads" pada laman blog tersebut , adalah bergantung kepada budi bicara pihak Google.Pengiklan hanya membayar kepada Google jika terdapat klik pada "ads" yang berkaitan, dan sebaliknya pada masa yang sama, pihak Google akan membayar kepada penerbit bagi setiap klik yang dilakukan oleh pelawat terhadap "ads" itu. Keadaan sebenar, Google bukanlah meletakkan "ads" itu secara manual, tapi melalui kaedah "syndication" terhadap kata kunci, dan secara otomatik ads akan terpapar, bergantung kepada jenis isi kandungan yang terdapat pada muka surat berkenaan. Sebagai contoh, jika konten laman web adalah berkaitan dengan kucing, maka ads yang akan singgah disitu adalah juga berkaitan dengan kucing.
Jadi,saya harap sebagai orang baru(newbie),untuk menjalankan perniagaan di internet, pilihlah program adsense sebagai langkah mula untuk membuat kerja sambilan di rumah. Jangan lupa untuk melawat Program Adsense di laman berikut: program adsense

Tuesday, April 27, 2010

Bisnes Internet, Mencari Jalan Mudah dan Berkesan

Untuk menceburkan diri di dalam Bisnes Internet bukanlah semudah yang dijangkakan.Banyak perkara yang perlu anda kuasai. Tapi jika anda benar-benar berusaha, yang dikejar itu pasti akan dapat. Di sini saya akan gariskan beberapa perkara yang perlu kita pertimbangkan jika mahu berjaya.
  • alat dan aksesori komputer, termasuk printer, modem dan segala yang berkaitan dengannya.
  • ilmu internet, iaitu tool untuk berhubung seperti email ,website dan kaedah promosi
  • ilmu membina website sendiri
  • tempat untuk membuat promosi- mencari pasaran produk
  • teknik promosi yang berkesan
  • produk dan perkhidmatan yang munasabah untuk pasaran
  • Jika tiada produk, kaedah lain yang boleh dilaksanakan bagi menambahkan pendapatan internet(seperti Afiliate,MLM dan Google Adsense)
Mungkin banyak lagi perkara yang perlu dipertimbangkan. Tapi jika kemudahan asas itu anda dapat kuasai saya percaya untuk menjadi seorang bisnes internet yang berjaya,bukanlah mustahil lagi. Cuma bergantung kepada usaha dan kegigihan anda untuk mencari ilmu tersebut. Dari segi konsepnya bisnes online dan offline sebenarnya tiada bezanya.

Sebagaimana sebelum ini, kita sedang berbincang berkaitan dengan kaedah untuk menyertai Program Google Adsense. Mengapakah kita berbincang tentang program itu? Sebab banyak orang menyebut, satu teknik mudah untuk menjana duit di internet.Sebagai newbie inilah langkah permulaan yang terbaik,untuk membuat bisnes di internet. Biarlah sedikit-sedikit dulu lama-lama kemudian jadi bukit.

Jangan lupa untuk menjana pendapatan di Internet melalui Adsense blog, tiga perkara asas perlu ada.
  1.  Email Google
  2. Blog/website(buat permulaan guna blog percuma)
  3. Kod Adsense.
Saya harap anda sudah pun menguasainya, kalau tidak teruskan menimba ilmu sehingga berjaya. Syabas!

Sunday, April 25, 2010

Jana Duit melalui Blog Adsense , bagaimanakah caranya?

Nampaknya untuk menjana pendapatan di internet melalui Blog Adsense bukanlah semudah yang digambarkan!

Sehingga kini anda sudah pun membuat pendaftaran, membuka akaun Gmail, untuk mendapat email di Google, dan juga membuka laman blogspot.com atau pun blogger.com untuk membina blog. Barangkali juga anda sudah pun membina blog ringkas berkaitan dengan topik yang anda mempunyai kepakaran. Jika anda masih baru dan tidak pernah membina blog sebelum ini,teruskanlah berusaha disini, dengan membaca nota-nota yang diberikan di laman blog berkenaan, sehingga akhirnya anda berjaya membina sebuah blog sendiri.

Jana duit melalui Blog Adsense,mempunyai proses-proses tertentu yang perlu kita ikuti.Prosesnya mudah dan hanya perlu sedikit kesabaran.Budak sekolah boleh lakukan, apatah lagi anda, seorang dewasa yang mahir dan banyak pengalaman! Sebenarnya, sesiapa sahaja yang mempunyai kemahiran komputer boleh membina sebuah blog Adsense.

Tidak mengapa jika blog anda tidak mematuhi prasyarat yang dikehendaki oleh Google. Buat sementara waktu dapatkan kemahiran itu dulu.Kemahiran bagaimana sebuah blog itu dibina,tapi janganlah blog yang dibina itu berunsur provokasi dan juga berbentuk porno, kerana bukan itu yang kita hendak buat bisnes di Internet Lagi pun Google tidak menerima sebarang laman blog yang berunsur sedemikian.

Kesimpulannya, setakat ini anda sudah pun mempunyai:
  • Email Gmail
  • Sebuah blog ringkas
Kalau begitu, nampaknya anda sudah sampai kebahagian  membuka akaun di laman Google Adsense. Jangan bimbang, untuk membuka akaun Google Adsense, masih lagi percuma.Silalah berdaftar di laman GoogleAdsense di sini. Selamat berdaftar. Jumpa lagi...

Friday, April 23, 2010

Rahsia Pendapatan Internet Terletak Pada Code Google Adsense!

Membuat blog merupakan satu kaedah untuk menjana duit melalui Internet,selain daripada banyak kaedah yang dilakukan oleh ramai usahawan Internet.Ia merupakan teknik yang lebih mudah,dan juga tidak memerlukan website yang disewa untuk melaksanakannya. Jadi jika anda mampu untuk menyewa website dan berkebolehan untuk berinteraksi dengannya, memiliki website sendiri itu adalah lebih bagus.Lebih-lebih lagi memiliki website sendiri itu dapat membina keyakinan orang lain terhadap kemampuan dan kredibiliti anda,terutama sekali, kepada pelawat yang mengunjung laman web anda itu.

Tapi sebagai orang baru,saya rasa membuat blog melalui laman web percuma, seperti blogspot.com, sudah memadai, kerana segala-segala teknik untuk membina blog sudah tersedia di situ.Anda boleh cedok pengalaman di sana,dan kemudiannya,apabila ilmu sudah mantap, maka bolehlah anda menyewa untuk memiliki blog sendiri.

Di mana kita hendak mulakan dahulu, membina blog atau pun mendapat code Google Adsense. Saya rasa lebih baik kita mulakan dengan membina blog itu dahulu.Untuk itu klik alamat ini untuk terus berinteraksi:Blogger.com.Ikut arahan satu demi satu seperti yang diberikan. Oh! Sudahkah anda membuka akaun Gmail Google? Kalau belum sila lakukan sekarang. Anda boleh juga melihat bagaimana set up adsense di youtube

Wednesday, April 21, 2010

Bolehkah Membuat Duit di Internet Melalui Blog Adsense?

Sebelum kita menjawab tentang persoalan yang ditanya itu, saya ingin bertanya,sudahkah anda membuka akaun untuk mendapat email Google? Kalau belum lagi sila buka akaun di sini Gmail Google. Setelah anda memasuki laman berkenaan, lihat Tab Gmail, pilih tab Create An Account dan terus berdaftar.
Semua orang ingin membuat duit di Internet. Kalau kita dah pandai menggunakan komputer dan tahu untuk berinteraksi antara satu sama lain, melalui email, adalah kurang bijak kalau kita tidak mencuba. Lebih-lebih lagi kalau kita dah mampu untuk membina blog sendiri. Saya lihat banyak individu di Internet yang nampaknya begitu mahir membina blog sendiri, dengan topik-topik yang ditulis sangat bagus sekali, tapi itu hanyalah sebagai hobi semata-mata. Mengapa tidak dengan kebolehan menulis itu anda mencuba mempelajari bagaimana untuk membina sebuah blog yang di panggil blog Adsense, dan kemudiannnya anda menjana pendapatan dari blog yang anda bina itu.
Sekarang, apakah dia blog Adsense itu? Secara mudah blog Adsense ialah sebuah blog yang mengandungi kod Adsense yang di ambil dari laman web Google Adsense. Melalui kod Adsense inilah pihak Google meletakkan Ads(alat pengiklan) di laman web anda, dan jika ada pelawat membuat klik pada Ads itu.maka anda akan mendapat duit.
Di sini blog anda bertindak sebagai tempat di mana Google meletakkan bahan iklan mereka. Alat iklan ini di namakan sebagai Ads oleh Google. Kalau  di luar sana tu, sebagai analoginya, tanah adalah  bertindak sebagai sebuah blog. Jika tanah anda orang ingin meletakkan papan iklan mereka, sudah tentu, mereka kena bayar sewanya.Begitu juga perkara yang sama  berlaku  di blog Adsense anda. Cuma Google tidak akan bayar sewanya selagi tiada siapa yang membuat klik pada Ads yang ada pada blog anda itu. Jumpa lagi.

Sunday, April 18, 2010

Membina Adsense Blog - Sumber Duit di Internet, Sebagai Pendapatan Sampingan

Mari bersama saya untuk mempelajari bagaimana hendak membina laman web mudah melalui blog percuma.Sambil membina blog sambil kita meraih pendapatan dengan membuat duit di Internet.

Banyak orang bercakap tentang pendapatan sampingan boleh diperolehi melalui blog percuma, blogger.com dan blogspot.com. Kedua-dua laman web berkenaan  adalah sama sebenarnya. Boleh pilih mana-mana satu. Khidmat yang diberikan pula adalah percuma.

Jadi bagi orang baru yang ingin belajar bagaimana laman web itu di bina, maka di sinilah tempat yang paling sesuai untuk anda pilih. Tapi perkara yang paling asas yang perlu anda miliki ialah email Google. Untuk mendapat email Google bukanlah sesukar mana, kerana saya percaya anda juga pernah membuka akaun email di laman-laman tertentu di tempat lain. Jika anda pernah membuka email yahoo, maka pengalaman itu boleh digunakan untuk membuka akaun di laman Google.

Isikan maklumat anda baris demi baris. Dan jangan lupa untuk menulis nama dan alamat anda yang tepat. Ketepatan ini penting kerana jika terdapat pendapatan dari Adsense, maka nama dan alamat itulah yang akan digunakan oleh Google untuk menghantar cek kepada anda. Oleh itu supaya tidak menimbulkan sebarang kesulitan kemudiannya adalah lebih baik anda membuat penelitian di sini. Untuk membuka akaun email Google anda boleh melawati laman berikut http://www.google.com/ . Di bahagian atas laman web berkenaan terdapat satu tab yang bertanda Gmail.