Sunday, July 25, 2010

Dapatkan Domain Name Dan Hosting Server Untuk Website Sendiri



Seperti saya nyatakan dulu sebelum anda dapat membina website sendiri, anda dicadangkan supaya membuka akaun di blogspot.com untuk mendapat kemahiran bagaimana sebuah blog itu di bina. Sungguh pun ianya percuma, ilmu dan latihan yang disampaikan di sini cukup berguna sebagai panduan kemudian nanti, terutama apabila kita hendak membina sebuah website sendiri.
Andaian saya di sini bahawa anda sudah pun mempunyai pengalaman di dalam hal-hal yang berkaitan dengan membina sebuah blog melalui blogspot atau pun melalui wordpress yang disediakan secara percuma. Saya percaya jika anda serious anda sudah pun mampu untuk menguploadkan  imej ke server, menggunakan gadget untuk memindahkan design laman, memindahkan kod html dan sebagainya. Jika perkara ini sudah pun anda laksanakan maka untuk membina website sendiri bukanlah sesukar mana.
Cuma untuk membina website sendiri itu anda memerlukan sedikit wang untuk mendapat domain name, dan juga untuk menyewa hosting server. Anda boleh perolehi dua perkara tersebut melalui mana-mana syarikat yang menawarkan khidmat berkenaan. Untuk melihat syarikat-syarikat yang menawarkan khidmat berkenaan, anda boleh mencarinya melalui search enjin google atau pun yahoo search enjin. Taipkan web hosting pada ruang yang disediakan itu, anda akan dapat melihat khidmat-khidmat yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat berkenaan di internet.
Kalau anda ingin bersama saya, anda boleh berlanggan atau berdaftar melalui profithoster. Tutorial disediakan untuk kemudahan anda. Tutorial disediakan di server di dalam ruang c panel. Jika anda mempunyai sebarang masalah , anda boleh ajukan pertanyaan melalui submit tiket yang disediakan diserver.Bermacam-macam pakej disediakan. Tapi memadai anda berlanggan untuk pakej Bronze yang mana harganya lebih kurang RM85 untuk selama satu tahun (Domain Name dan Sewa Server sekali). Sebagai persiapan ke arah itu, di sini saya sediakan beberapa tip untuk kemudahan anda sebelum membuat keputusan.


Saturday, July 3, 2010

Jika Anda Ingin Menjana Pendapatan di Internet Belajarlah Buat Blog Sendiri

Ini adalah satu cetusan yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa. Ada guru yang menyuruh kita membeli produk di Internet kita beli, kerana kita ada duit. Disamping itu,kita juga ada kemampuan untuk berurusan di dalam proses pembelian sehingga berjaya mendownload produk tersebut. Kalau tanpa ilmu itu ,kita rasa curiga dan takut andai kata produk tersebut tidak berjaya untuk di download di komputer anda. Duit habis produk tak dapat. Sebenarnya, perkara tersebut tak perlu bimbang lagi, kerana berjuta-juta manusia sudah pun memulakan perniagaan mereka sejak sekian lama dulu lagi, dan pembayaran di internet sudah menjadi lumrah dan sudah menjadi kebiasaan di kalangan pengguna di internet. Kebanyakan orang kita di Malaysia masih lagi takut-takut untuk memulakan perniagaan di internet. Puncanya adalah kerana kebanyakan kita kurang di dalam pengetahuan ini.
Cuba renung kembali bagaimana jutawan internet menjual produk mereka kepada pengguna. Bagaimana mereka datang bertemu anda. Jelas sekali sumber yang paling tepat ialah website sendiri. Mereka menyampaikan produk mereka melalui website sendiri kepada pengguna. Produk boleh dalam berbagai-bagai dan kebiasaannya adalah produk informasi digital seperti cara membina website, blog, web templates, membina template photoshop dan banyak lagi produk yang boleh direka untuk di sampaikan kepada pengguna. Bagi mereka yang benar-benar ingin belajar tentang sesuatu info tersebut mereka akan membelinya. Lebih-lebih lagi produk digital internet di dapati harganya lebih murah, dan boleh di dapati secara segera, melalui pakej download.
Tulisan saya sekali  fokusnya adalah membina laman web sendiri. Sungguh pun perlu ada faktor-faktor lain untuk benar-benar berjaya di dalam bisnes internet, website sendiri adalah keperluan yang paling asas yang perlu dimiliki. Bagi memiliki website sendiri anda perlu menyewa web hosting di internet, dan hosting ini adalah ibarat se bidang tanah yang akan digunakan untuk menjalankan perniagaan. Selain daripada itu anda juga perlu membeli satu domain name sebagai satu perantaraan media untuk berhubung dengan pengguna lain di internet. Domain name ini adalah umpama alamat rumah yang di sewa di internet. Di sanalah anda membina gerai menyedia produk kepada pelanggan dan jika produk anda adalah sesuai dengan mereka, yang pasti mereka akan membelinya. Jika anda berminat untuk membina website sendiri, anda boleh melayari website berikut untuk mendapat maklumat tentang web hosting dan juga domain name.Info yang berkaitan dengan internet hosting dan juga domain name dijelas dengan lebih  terperinci.di laman profithoster. Anda boleh memilih mana-mana pakej yang sesuai dengan kemampuan anda. Jika anda berminat boleh memberi pandangan melalui komen yang disediakan.

Friday, June 18, 2010

Adakah Keyword Quality Menjadi Sasaran Website Publisher?

Iklan Ads yang terdapat pada Website Publisher(Pemilik Laman Web) , jika terdapat klik, akan dibayar bergantung kepada "keyword quality" yang dipilih oleh publisher berkenaan. Jadi amat penting, jika anda adalah salah seorang yang menyertai Program Google Adsense, melihat kepada pemilihan "keyword popularity" yang bermutu. Bagaimanakah anda hendak membezakan samada keyword itu  adalah bermutu atau tidak? Secara amnya bagi menentukan keyword itu bermutu atau tidak, anda perlu menyemak keyword popularity (katakunci yang popular) itu di Google Search: http://www.google.com/. Sebagai contoh, katakan anda ingin menulis tajuk artikel "Bisnes Internet Yang Sesuai Untuk Newbies". Semak keyword, katakan "bisnes internet", adakah keyword ini menjadi sasaran kepada pengunjung-pengunjung di internet?
Lihat setelah menaip keyword berkenaan pada Google Search, adakah terdapat banyak iklan Ads Google di sebelah kanan laman web berkenaan. Jika ada, memang jelas bahawa terdapat pengunjung le laman berkenaan setelah menaip  "internet bisnes". Biasanya pengggunaan keyword ini mempunyai nilai di sisi Google. Jika anda berlanggan dengan Google Adword, anda boleh mengetahui harga estimate kepada keyword berkenaan.
Selain daripada itu penggunaan keyword yang bermutu juga dapat membantu laman web anda berada pada kedudukan yang terbaik di Google Search Engine. Anda mesti ingat bahawa kedudukan ranking yang terbaik dapat meraih pendapatan internet yang tinggi, kerana di sana terdapat ramai pengunjung yang mencari "niche marketing" yang berkaitan dengan 'bisnes internet'.
Saya harap melalui artikel yang ringkas ini akan dapat membantu anda mencari "profitable niche" yang sesuai dengan produk yang ingin anda pasarkan, atau paling tidak menerima pengunjung yang ingin mencari maklumat yang berkaitan dengan 'bisnes internet' anda.
Untuk makluman anda pada muka surat ini terdapat perkataan yang telah di highlight di dalam Bahasa Malaysia dan juga di dalam Bahasa Inggeris. Mengapakah saya meletakkan "profitable niche" bukan menulis "niche yang bermutu tinggi"? Ingin  komen dari anda!

Saturday, June 5, 2010

Menambah Pendapatan Sampingan Melalui Penjanaan Trafik SEO

Menjana trafik ke laman web boleh dilakukan melalui berbagai cara. Tapi di sini saya akan menerangkan bagaimana hendak menjana trafik melalui teknik "SEO" atau di dalam Bahasa Inggeris di sebut sebagai Search Engine Optimization. Saya cuma ingin mengajukan satu soalan. Bagaimanakah  anda berjumpa laman blog ini? Adakah secara kebetulan atau dengan cara tidak sengaja? Adakah anda pergi ke http://www.google.com/ dan kemudian menaip pada all web "pendapatan sampingan guru kolej" atau "bisnes internet pensyarah" atau "pendapatan sampingan pensyarah" atau berbagai lagi yang berkaitan. Kalau begitu di manakah letaknya laman web yang anda lawati itu? Saya percaya anda kagum dengan kedudukan laman itu di kalangan pesaing di kalangan 10 yang terbaik di Google. Lebih-lebih lagi laman itu berada di kalangan mereka yang membuat iklan menawarkan produk dan servis yang mereka miliki.
Apakah sebenarnya tafsiran kedudukan laman ini kepada peniaga-peniaga di internet? Di sinilah tempat ahli-ahli perniagaan menawarkan produk atau servis mereka mencari pelanggan, dan di sinilah juga tempat pelanggan mencari produk atau servis untuk mereka miliki. Jadi untuk berada pada kedudukan yang terbaik, iaitu sepuluh yang teratas di search enjin, adalah sangat diidam-idamkan oleh mana-mana website owner, kerana inilah telaga emas mereka. Jika mereka dapat pada kedudukan ini, mereka sudah menguasai satu teknik mengambil bahagian di dalam pasaran yang dipanggil pasaran niche atau niche marketing. Mereka sudah berada pada kedudukan yang strategik dan hanya menunggu masa untuk menerima pelanggan menempah produk mereka.
Andai kata anda mempunyai blog adsense dan blog anda dilihat berada pada top ten di search engine, sudah pasti blog anda akan menerima banyak pelawat, dan pelawat yang besar akan meningkatkan lagi pendapatan blog adsense anda! Jadi sebagai tambahan kepada blog adsense ialah, anda perlu menguasai teknik SEO bagi menarik lebih ramai pelawat ke blog anda.
Saya akan terangkan prosesnya bagaimana blog anda boleh diletakkan pada kedudukan top ten di search engine Google untuk menambahkan pendapatan sampingan. Kita akan abaikan di Search Yahoo,MSN dan lain-lainnya.Yang pentingnya kita tahu teknik melakukannya.Pertama sekali pergi lawati http://www.google.com/ dan taip apa topik yang anda sukai dan lihat berapakah jumlah results yang tertera pada muka surat berkenaan. Jika lebih daripada 2,000,000 abaikan keyword berkenaan. Anda pilih pesaing web yang kurang daripada 2,000,000. Kita ambil satu contoh untuk menjelaskan pemahaman . Tujuan sebenarnya ialah untuk memilih tajuk bagi blog adsense yang hendak di bina nanti. Katalah tajuk blog yang anda ingin bina itu ialah 'Koleksi Mata Wang Lama Malaysia'. Lihat dulu keyword "matawang" di google dengan menaipkan "mata wang". Berapakah jumlah results yang dinyatakan? Pada ketika ini jumlah resultsnya ialah 153,000. Nampaknya keyword ini boleh digunakan di dalam tajuk blog nanti, kerana pesaingnya tidak besar. Kalau anda mendaftar dengan Google anda boleh tahu avg cost per click bagi keyword "mata wang". Anda boleh memilih tajuk-tajuk yang lain bagi blog anda, tapi gabungan tajuk mesti ada matawang.
Sebelum saya berundur, cuba pergi sekali lagi ke http://www.google.com/ ,pilih 'all web ' dan taip "pendapatan sampingan pesara pencen" , apakah yang anda lihat? Tulis komen untuk dibincangkan.

Thursday, June 3, 2010

Ada Penulis Blog Yang Tidak Menyertai Program Adsense!

Mengambil bahagian di dalam bisnes internet Program Adsense adalah sangat sesuai terutama sekali bagi mereka yang berminat di dalam penulisan di internet. Sambil menulis dan pada ketika yang sama mereka menjana pendapatan. Bunyinya agak pelik juga. Tanpa menjual apa-apa mereka sudah meraih duit di internet. Kalau ada orang mampu , mengapakah  tidak anda?  Mari kita  menyertai program Adsense, sebagai langkah pertama untuk memulakan perniagaan di internet.
Untuk menyertai program ini anda mesti membuka akaun email di Google Gmail. Selepas itu sebagai satu medan untuk menulis, anda dikehendakki pula membuka akaun blog percuma di http://www.blogspot.com/ Membuka akaun blog percuma ini adalah sesuai bagi newbies(the beginners) kerana selok belok bagaimana mengendalikan web ditunjukkan di sini. Teknik dan kaedah mengupload imej, menggunakan widget, meletakkan kod html dan sebagainya mudah difahami, dan boleh membantu anda nanti apabila anda berminat dan mampu untuk menggunakan website berbayar.
Setelah anda membina blog dan dapat menulis beberapa artikel(sekurang-kurang tiga artikel) berkaitan dengan 'niche' tertentu, maka bolehlah anda membuat pendaftaran di laman web Google Adsense untuk mendapatkan kod Adsense. Kod Adsense ini akan anda 'copy dan paste' pada laman blog yang anda bina. Untuk pendaftaran Adsense anda boleh guna laman web ini GoogleAdsense. Walau bagaimana pun sebagai langkah pertama adalah lebih baik anda membaca segala perkara yang berkaitan dengan 'term and service' agar program adsense dapat berjalan dengan baik dan tidak ditolak oleh Google nanti. Bagaimana response anda tentang program ini! Sila beri sedikit komen tentang program ini.

Monday, May 31, 2010

Pendapatan Sampingan Untuk Guru Kolej Dan Pensyarah Di Internet!

Memang ramai guru kolej dan pensyarah telah menulis di internet melalui blog percuma blogspot dan wordpress. Tapi malang sekali sebahagian penulis tidak sedar bahawa, sambil menulis itu mereka juga boleh menjana pendapatan di internet. Sambil meluahkan idea hebat masing-masing, sambil itu juga dapat menjana duit! Persoalan ini mungkin mendatangkan banyak tanda tanya. Mana mungkin blog yang sunyi sepi itu mampu untuk memberi pendapatan sampingan!
Saya akan cerita serba ringkas sekali lagi walaupun saya sudah pun memberitahunya melalui tulisan sebelum ini. Anda sebenarnya boleh melakukannya sekiranya anda menyertai Program yang dianjurkan oleh pihak Google. Program yang dimaksudkan itu ialah program Google Adsense. Bagi menyertai program itu anda perlu mendaftarkan diri secara percuma di laman Google Adsense. Di akhir mengisi maklumat pendaftaran, anda diberi dengan satu kod istimewa, yang di namakan Kod Adsense. Kod ini kemudiannya, dikehendaki di 'copy and paste' pada laman blog yang anda bina. Jangan risau, untuk mengendalikannya bukanlah sesukar mana. Jika anda berdaftar di http://www.blogspot.com/ segala panduannya adalah jelas, mungkin bahasanya menjadi penghalang.
Satu lagi ciri yang perlu diberi perhatian ialah tulisan yang perlu dimuatkan di blog anda. Jika ingin menyertai program adsense, tulisan anda perlu unik yang berkaitan dengan niche yang anda mahir. Kalau sekarang ini perkara yang hebat dibincangkan ialah tentang bola sepak piala dunia 2010 di Afrika Selatan. Jika anda mempunyai idea untuk menulis tentang topik ini, saya sarankan ,ayuh maju. Tulis tiga atau lebih artikel tentang tajuk bola sepak, kemudian daftar di Google untuk mendapat Kod Adsense di sana.
Bagi mengetahui lebih lanjut tentang program ini anda boleh mula membaca dari blog ini, dari mula hingga ke tarikh hari ini, dan ikuti setiap saranan yang diberi supaya anda benar-benar memahaminya. Namun begitu jika anda masih mengalami masalah, anda boleh membuat komen melalui ruang komen yang disediakan. Selamat belajar. Sedikit,sedikit lama-lama jadi bukit.

Tuesday, May 25, 2010

Adakah Pelajar Kolej Universiti Dapat Duit Dari Membina Blog?

Membina blog berduit adalah satu langkah yang sesuai bagi pelajar kolej jika ingin menjana duit melalui internet. Blog berduit bukanlah bermaksud dalam blog itu diisi penuh dengan cerita berkaitan dengan duit. semata-mata. Tapi mungkin juga boleh bersifat sedemikian, kerana "Niche" pelajar universiti berkenaan yang ingin disampaikan adalah berkaitan dengan duit. Tulisan berkenaan sudah memenuhi syarat atau kriteria bagi sebuah blog adsense yang bercerita tentang duit. Banyak aspek tentang duit dapat diterjemahkan. Mungkin dari aspek koleksi bersejarah tentang duit dahulu kala dapat dipaparkan pada blog berkenaan. Atau mungkin juga koleksi terkini tentang wang dari sesebuah negara. Tulisan tentang duit ini boleh menarik minat ramai pembaca, dan dengan itu dapat menambahkan pendapatan anda melalui Program Adsense.

Untuk mengetahui samada ramai peminat atau tidak tentang niche 'duit' itu, anda pergi ke laman web Carian Google dan taipkan dengan perkataan 'duit'. Ketika ini jumlah Search Result tentang 'duit' adalah lebih kurang 10,300,000. Jumlah ini menunjukkan persaingan yang sangat hebat jika anda ingin menggunakan 'duit' sebagai keyword di dalam membina tajuk bagi sebuah blog. Mengikut pakar SEO, jika anda mahu bersaing juga di dalam keyword 'duit' anda boleh, tapi hendaklah ditambah beberapa perkataan, seperti 'duit panas', 'duit mudah dijanakan', 'penjanaan duit adsense' dan banyak lagi. Tujuan pilihan sedemikian supaya terdapat kurang persaingan, dan juga untuk mendapat ranking terbaik di laman carian Google. Anda boleh menyemak persaingan keyword-keyword berkenaan di http://www.google.com/ dan lihat berapakah jumlah persaingan yang dipaparkan? Adakah lebih atau kurang daripada 10,300,000? Ilmu SEO (search engine optimisation) sangat penting bagi meletakkan laman web anda pada ranking yang terbaik di laman iklan Google.

Berbalik kepada topik adakah pelajar kolej universiti dapat duit dari membina blog? Jelas sekali tidak! Jadi bagaimanakah caranya untuk menjana duit melalui blog? Jawapan yang mudah ialah dengan menyertai Program Adsense yang disediakan khas oleh Google bagi membantu para blogger menambahkan pendapatan pasif di internet. Kaedah untuk menyertainya telah pun saya bentangkan sebelum ini, dan anda boleh mengikutinya melalui tulisan yang telah saya sediakan itu. Jika anda mempunyai kemusykilan atau cadangan sila ajukan melalui ruang komen yang disediakan. Tambahkan pendapatan sampingan melalui blog Adsense. Jika anda mempunyai peluang, jangan sia-siakan peluang itu. Selamat belajar.

Tuesday, May 18, 2010

Pendapatan Internet Melalui Program Adsense

Dulu saya telah menyebut tentang duit internet yang boleh di janakan melalui penyertaan Program Google Adsense. Saya harap anda sudah pun membina blog Adsense yang mudah berkaitan dengan Niche yang anda mahir. Atau anda hanya mempunyai blog yang belum lagi meletakkan kod Adsense! Kalau begitu tidak mengapa. Anda sediakan dulu tiga artikel, melalui 3 kali pos, kemudian publish. Jika anda sudah bersedia anda boleh terus ke laman berikut: Google Adsense . Seterusnya klik dan layari laman Google Adsense. Di sana belajarlah apa yang patut, dan jangan lupa untuk menyelami tentang syarat dan polisi yang disenaraikan.

Penglibatan Diri di Dalam Program.
Mengambil bahagian di dalam Program Google Adsense perlu mematuhi segala prasyarat-prasyarat dan polisi-polisi yang dijanjikan oleh Google. Anda boleh mengetahui perkara berkaitan di laman https://www.google.com/adsense/policies, dan untuk melihat sebarang perubahan terhadap polisi oleh Google, anda boleh terus melayari laman yang disediakan di atas dari masa ke semasa.


Di sini saya cuba ringkas beberapa syarat dan polisi yang digariskan di laman Adsense. Ianya belum lengkap dan muktamad. Untuk lebih detail dan lengkap anda boleh ikuti di sana.

Google mempunyai hak untuk menolak mana-mana individu yang mengambil bahagian di dalam program ini mengikut budi bicaranya.

Antara syaratnya ialah :

(1) pastikan umur anda tidak kurang daripada 18 tahun.

(2) tidak dibenarkan mempunyai lebih daripada satu akaun

(3) laman web/blog yang berbentuk porno dan subversif tidak dibenar sama sekali.

(4) tidak dibenarkan membuat klik pada ads pada laman blog sendiri.

(5) tidak dibenarkan mengubahsuai Javaskrip dan lain-lain program yang disediakan oleh Google,kecuali dengan mendapat kebenaran dari pihak Google.

(6) Bagi Program for Content:
Ads unit yang hendak diletak pada laman sendiri perlu mematuhi kecirian yang ada pada laman berkenaan. Jika laman anda berkaitan dengan binatang, maka ads yang ditunjukkan tidak boleh yang berwajah kapal terbang.Namun begitu setiap langkah yang anda lakukan sentiasa dipantau oleh Google dari masa ke semasa. Dan jika langkah anda bertentangan dengan apa yang diminta oleh Google, maka mungkin anda boleh di ban dari menyertai program Adsense ini. Jangan lupa untuk mematuhi "placement guidelines" yang disediakan untuk anda teliti.

Lain-lain program Adsense yang disediakan termasuk Adsense for Feed, Adsense for Search, Adsense for Referrals, Adsense for Video dan Adsense for Domain. Anda boleh tahu makna setiap program apabila anda memasuki laman Google Adsense. Setiap satu program mempunyai polisi yang perlu anda patuhi

Jana pendapatan mudah tanpa modal

Friday, May 7, 2010

Pendapatan Sampingan Jana Duit Tambahan Pesara Pencen

Jana duit tambahan bagi pesara pencen boleh dilakukan juga di internet. Tapi ianya bergantung kepada individu berkenaan samada ianya berkebolehan untuk berinteraksi dengan komputer atau tidak. Bagi mereka yang mahir komputer saya rasa inilah peluang yang terbaik untuk memulakan bisnes di internet.
Pesara pencen mempunyai kebolehan yang bermacam-macam, kerana mereka banyak pengalaman di dalam bidang masing-masing. Jika ianya berkebolehan di dalam penulisan, lagi baik untuk memulakan perniagaan di internet.
Apakah bidang yang boleh anda lakukan untuk menjana pendapatan di internet? Seperti yang telah saya sebutkan di dalam blog ini sebelum ini, salah satu bidang yang boleh anda mulakan ialah membina blog adsense. Jika anda adalah pelawat yang baru menemui blog ini, sila ikuti setiap langkah yang dijelaskan bagaimana untuk membina blog adsense. Kalau tidak, anda akan buntu dan terpinga-pinga untuk memahami tentang makna blog adsense.
Bidang kedua yang anda boleh ceburi ialah menjual produk sendiri. Seperti yang telah saya sebutkan tadi, jika anda seorang penulis, peluangnya begitu cerah dan menjana duit adalah di dalam tangan anda. Tapi membuat bisnes internet menjual produk tidak berapa sesuai jika menggunakan blog percuma. Anda perlu menyewa host dan membeli domain. Tapi bagi pesara pencen, duit bukanlah menjadi masalah besar, sebab sewa host dan beli domain bukanlah mahal sangat,yang berharga antara RM80.00 hingga RM100.00 sudah memadai.
Anda menulis buku yang mengandungi lebih kurang 100 muka surat, dan failkan dalam bentuk PDF. Kemudian tentukan harganya, dan boleh dipasarkan! Proses memuat naik produk itu mungkin menimbulkan masalah, kerana anda perlu menguasai teknik-teknik yang berkaitan cara-cara untuk mengurus laman web. Tapi nak seribu daya tak nak seribu dalih. Segala-galanya boleh dipelajari dan difahami. Cuma mungkin terpaksa menggunakan sedikit masa.
Tapi bagi orang baru(newbie), saya rasa membina blog adsense adalah adalah satu permulaan yang tepat, kerana ianya percuma. Sila ikuti setiap penerangan dari mula hingga ke hari ini, melalui blog ini, dan jika anda mempunyai sebarang komen, silakan.

Monday, May 3, 2010

Pendapatan Sampingan "Part Time" Di rumah!

Kerja di rumah membina blog sebagai part time boleh dilakukan selepas waktu pejabat. Ada orang tanya buat blog ni boleh jana duit ke! Aku ni bertahun-tahun dah buat, tak ada pun. Saya banyak terjumpa keluhan ini di beberapa forum di internet. Memang kalau membina blog tanpa menggunakan kaedah dan teknik tertentu, tidak akan memberi sebarang hasil. Cuma mungkin membina blog yang anda lazim lakukan itu, tak ubah seperti untuk membentuk kemahiran diri membina blog. Selain daripada itu membina blog adalah sebagai langkah untuk mengumpul koleksi-koleksi yang menarik di internet. Sekali -sekala apabila melihat koleksi -koleksi yang menarik dan indah permai itu jiwa berasa tenang, dan boleh menghilang rasa penat selepas balik dari kerja.
Apa kata kali ini anda mengubah cara, iaitu membuat blog untuk menjana pendapatan di internet. Sambil menyelam sambil minum air, kata orang bahasa. Sambil kita mendapat kemahiran membina blog kita juga menjana duit. Ini merupakan kerja part time di rumah yang boleh anda lakukan. Sebagaimana pemain bola sepak profesional, mereka bermain kerana hobi dan pada masa yang sama mereka juga menjana pendapatan.
Baiklah, apakah kaedah yang boleh kita lakukan supaya blog yang kita bina itu boleh menjana duit? Bagi melaksanakan pendapatan internet ini, kita perlu menguasai atau mengambil bahagian di dalam  satu program yang dicipta khas oleh Google. Secara ringkasnya program yang dimaksudkan ini ialah program Google Adsense. Untuk menyertainya anda perlu mendapat satu kod istiwewa di laman Google Adsense,yang kemudiannya anda "cut" dan "paste" di laman blog anda itu.
Untuk peringatan anda semua, blog yang anda bina itu jangan sekali-sekali berbentuk "caca marba". Blog itu hendaklah berkaitan dengan satu-satu topik tertentu sahaja yang diterima oleh Google. Kalau blog anda itu adalah berkaitan dengan koleksi "pakaian kemas" katakan, anda tidak boleh campurkan  dengan koleksi binatang. Ini adalah salah satu unsur penting yang perlu dipertimbangkan ketika membina Blog Adsense.Kalau tidak blog anda tidak dipaparkan iklan ads oleh Google.

Akhir sekali, buatlah kerja part time anda membina blog, mengikut  program Blog Adsense. Anda boleh belajar bagaimana blog Adsense itu dibina di Blog Adsense. Pendaftaran adalah percuma. Perhubungan bahasa adalah dalam bahasa Inggeris. Bacalah  sehingga anda memahaminya. Jangan lupa untuk meneliti segala terma yang disediakan kan, supaya anda tidak ditolak oleh Google. Jika anda ingin membuat komen dan pandangan, sila sampaikan  melalui "comment" yang disediakan di blog ini. Sekian, terima kasih.


.

Friday, April 30, 2010

|Perniagaan Internet|Budak Sekolah Pun Boleh Untuk Menjana Duit Di Internet!

Budak sekolah yang macam mana. Mengikut Google sesiapa sahaja yang umurnya melebihi 18 tahun boleh menyertai program Google Adsense. Untuk mengetahui dengan jelas program yang berkaitan sila tekan butang di sini : Program Adsense Setelah anda menekan butang berkenaan di sebelah kanan muka surat anda akan lihat satu kawasan yang memaparkan program Adsense, iaitu "Earn revenue from your website: Google AdSense". Hop! Jangan ghairah sangat. Saya ingin bertanya adakah anda sudah mempunyai email Google? Bagaimana tentang blog yang saya suruh bina dulu. Kalau belum buat apa-apa lagi sila ikuti dan layari tab-tab yang disediakan satu demi satu. Jangan takut, setakat ini masih percuma.
Pendaftaran Gmail Google
Pendaftaran Blogspot
Sebelum anda meneruskan dengan program ini, saya ingin mengulang sekali lagi tentang beberapa perkara yang telah saya sebutkan dahulu. Kalau anda ingin mengetahui secara jelas, anda boleh layari tulisan ringkas saya berhubung dengan perkara ini di blog ini juga. Anda boleh baca dari awal hingga ke hari ini, supaya anda tidak tenggelam punca. Jika ingin membuat komen, teruskan kerana anda diberi peluang untuk  berkongsi dan mempelajari bagaimana perniagaan internet itu dijalankan. Dan ini merupakan salah satu bisnes ideas yang boleh dipelajari dan dikembangkan untuk dilaksanakan bagi menjana duit di internet.
Walau pun, tidak dinafikan terdapat banyak cara untuk menjalankan perniagaan di internet, seperti menyertai program affiliate, MLM, menjual perkhidmatan dan produk, tapi program ini adalah dikira yang termudah dan senang untuk dilaksanakan. Mengapakah  saya nyatakan begitu?
Alasannya ialah anda:
  1. cekap mengguna komputer
  2. berkebolehan untuk menulis
  3. tahu membina blog
Cuma saya ingin nasihatkan supaya jangan terlalu menumpukan kepada program ini sepenuh masa, kerana anda mempunyai tugas yang lain, tugas utama anda, iaitu pelajaran yang akan menentukan untung nasib masa depan anda. Saya juga belajar seperti anda, dan saya dapat ilmu internet juga daripada pembelajaran.
Bisnes Ideas ini dipaparkan kepada anda hanya semata untuk memenuhi masa lapang anda yang saya lihat tanpa hala tuju dan matlamat. Melepak di sana sini, "berMat Rempit" dan apa sahaja yang merugikan masa depan anda. Jangan begitu. Tapi jika apa yang saya paparkan di blog ini boleh mengganggu pelajaran anda, cuba jangan teruskan. Cuma kembali setelah anda tidak mempunyai apa-apa . Maksud saya jika anda seorang yang sudah berkerja atau pun anda seorang pelajar yang tamat pengajian atau pun anda salah seorang yang tidak ada apa-apa lagi di dunia ini. Maka anda adalah orang yang paling sesuai untuk berkongsi pengalaman di blog ini.
Anggaplah di blog ini adalah tempat anda memulakan pencarian tentang ilmu perniagaan internet, berkongsi  pandangan dan akhirnya anda mungkin salah seorang yang berjaya.

Talk Soon

Thursday, April 29, 2010

Menjana Duit Melalui Blog Adsense

Sejak beberapa tahun kebelakang ini Program Google Adsense telah muncul sebagai topik, yang dibincang hangat di majlis seminar dan juga forum antara bangsa, dan lebih hebat lagi di laman blog alam maya, yang dipanggil internet.
Banyak cerita tentang kehebatan individu tertentu, yang menjadi kaya, sehingga bergelar jutawan, hanya sekadar membuat bisnes internet di rumah secara sambilan. Nampaknya Google Adsense telah dapat menguasai bisnes pemasaran internet dengan nyata, dan di anggap sebagai cara yang paling mudah untuk menjana duit di internet.
Kunci kepada kejayaan itu adalah kerana mereka berjaya meletakkan kata kunci yang mempunyai nilai permintaan yang tinggi pada laman web mereka. Hasilnya mereka berjaya mensasarkan trafik yang besar ke laman mereka. Trafik yang besar, di jangka dapat menghasilkan klik yang banyak, terhadap "ads"  yang di paparkan di laman itu.
Di laman blog terdapat 2 individu yang berinteraksi antara satu sama lain. Satu, ialah penerbit  yang empunya blog berkenaan, dan kedua ialah pengiklan, yang meletakkan iklan pada laman blog penerbit. Di sini bukanlah pengiklan yang meletakkan "ads" dalam erti kata yang sebenarnya.Kaedah untuk meletakkan "ads" pada laman blog tersebut , adalah bergantung kepada budi bicara pihak Google.Pengiklan hanya membayar kepada Google jika terdapat klik pada "ads" yang berkaitan, dan sebaliknya pada masa yang sama, pihak Google akan membayar kepada penerbit bagi setiap klik yang dilakukan oleh pelawat terhadap "ads" itu. Keadaan sebenar, Google bukanlah meletakkan "ads" itu secara manual, tapi melalui kaedah "syndication" terhadap kata kunci, dan secara otomatik ads akan terpapar, bergantung kepada jenis isi kandungan yang terdapat pada muka surat berkenaan. Sebagai contoh, jika konten laman web adalah berkaitan dengan kucing, maka ads yang akan singgah disitu adalah juga berkaitan dengan kucing.
Jadi,saya harap sebagai orang baru(newbie),untuk menjalankan perniagaan di internet, pilihlah program adsense sebagai langkah mula untuk membuat kerja sambilan di rumah. Jangan lupa untuk melawat Program Adsense di laman berikut: program adsense

Tuesday, April 27, 2010

Bisnes Internet, Mencari Jalan Mudah dan Berkesan

Untuk menceburkan diri di dalam Bisnes Internet bukanlah semudah yang dijangkakan.Banyak perkara yang perlu anda kuasai. Tapi jika anda benar-benar berusaha, yang dikejar itu pasti akan dapat. Di sini saya akan gariskan beberapa perkara yang perlu kita pertimbangkan jika mahu berjaya.
  • alat dan aksesori komputer, termasuk printer, modem dan segala yang berkaitan dengannya.
  • ilmu internet, iaitu tool untuk berhubung seperti email ,website dan kaedah promosi
  • ilmu membina website sendiri
  • tempat untuk membuat promosi- mencari pasaran produk
  • teknik promosi yang berkesan
  • produk dan perkhidmatan yang munasabah untuk pasaran
  • Jika tiada produk, kaedah lain yang boleh dilaksanakan bagi menambahkan pendapatan internet(seperti Afiliate,MLM dan Google Adsense)
Mungkin banyak lagi perkara yang perlu dipertimbangkan. Tapi jika kemudahan asas itu anda dapat kuasai saya percaya untuk menjadi seorang bisnes internet yang berjaya,bukanlah mustahil lagi. Cuma bergantung kepada usaha dan kegigihan anda untuk mencari ilmu tersebut. Dari segi konsepnya bisnes online dan offline sebenarnya tiada bezanya.

Sebagaimana sebelum ini, kita sedang berbincang berkaitan dengan kaedah untuk menyertai Program Google Adsense. Mengapakah kita berbincang tentang program itu? Sebab banyak orang menyebut, satu teknik mudah untuk menjana duit di internet.Sebagai newbie inilah langkah permulaan yang terbaik,untuk membuat bisnes di internet. Biarlah sedikit-sedikit dulu lama-lama kemudian jadi bukit.

Jangan lupa untuk menjana pendapatan di Internet melalui Adsense blog, tiga perkara asas perlu ada.
  1.  Email Google
  2. Blog/website(buat permulaan guna blog percuma)
  3. Kod Adsense.
Saya harap anda sudah pun menguasainya, kalau tidak teruskan menimba ilmu sehingga berjaya. Syabas!

Sunday, April 25, 2010

Jana Duit melalui Blog Adsense , bagaimanakah caranya?

Nampaknya untuk menjana pendapatan di internet melalui Blog Adsense bukanlah semudah yang digambarkan!

Sehingga kini anda sudah pun membuat pendaftaran, membuka akaun Gmail, untuk mendapat email di Google, dan juga membuka laman blogspot.com atau pun blogger.com untuk membina blog. Barangkali juga anda sudah pun membina blog ringkas berkaitan dengan topik yang anda mempunyai kepakaran. Jika anda masih baru dan tidak pernah membina blog sebelum ini,teruskanlah berusaha disini, dengan membaca nota-nota yang diberikan di laman blog berkenaan, sehingga akhirnya anda berjaya membina sebuah blog sendiri.

Jana duit melalui Blog Adsense,mempunyai proses-proses tertentu yang perlu kita ikuti.Prosesnya mudah dan hanya perlu sedikit kesabaran.Budak sekolah boleh lakukan, apatah lagi anda, seorang dewasa yang mahir dan banyak pengalaman! Sebenarnya, sesiapa sahaja yang mempunyai kemahiran komputer boleh membina sebuah blog Adsense.

Tidak mengapa jika blog anda tidak mematuhi prasyarat yang dikehendaki oleh Google. Buat sementara waktu dapatkan kemahiran itu dulu.Kemahiran bagaimana sebuah blog itu dibina,tapi janganlah blog yang dibina itu berunsur provokasi dan juga berbentuk porno, kerana bukan itu yang kita hendak buat bisnes di Internet Lagi pun Google tidak menerima sebarang laman blog yang berunsur sedemikian.

Kesimpulannya, setakat ini anda sudah pun mempunyai:
  • Email Gmail
  • Sebuah blog ringkas
Kalau begitu, nampaknya anda sudah sampai kebahagian  membuka akaun di laman Google Adsense. Jangan bimbang, untuk membuka akaun Google Adsense, masih lagi percuma.Silalah berdaftar di laman GoogleAdsense di sini. Selamat berdaftar. Jumpa lagi...

Friday, April 23, 2010

Rahsia Pendapatan Internet Terletak Pada Code Google Adsense!

Membuat blog merupakan satu kaedah untuk menjana duit melalui Internet,selain daripada banyak kaedah yang dilakukan oleh ramai usahawan Internet.Ia merupakan teknik yang lebih mudah,dan juga tidak memerlukan website yang disewa untuk melaksanakannya. Jadi jika anda mampu untuk menyewa website dan berkebolehan untuk berinteraksi dengannya, memiliki website sendiri itu adalah lebih bagus.Lebih-lebih lagi memiliki website sendiri itu dapat membina keyakinan orang lain terhadap kemampuan dan kredibiliti anda,terutama sekali, kepada pelawat yang mengunjung laman web anda itu.

Tapi sebagai orang baru,saya rasa membuat blog melalui laman web percuma, seperti blogspot.com, sudah memadai, kerana segala-segala teknik untuk membina blog sudah tersedia di situ.Anda boleh cedok pengalaman di sana,dan kemudiannya,apabila ilmu sudah mantap, maka bolehlah anda menyewa untuk memiliki blog sendiri.

Di mana kita hendak mulakan dahulu, membina blog atau pun mendapat code Google Adsense. Saya rasa lebih baik kita mulakan dengan membina blog itu dahulu.Untuk itu klik alamat ini untuk terus berinteraksi:Blogger.com.Ikut arahan satu demi satu seperti yang diberikan. Oh! Sudahkah anda membuka akaun Gmail Google? Kalau belum sila lakukan sekarang. Anda boleh juga melihat bagaimana set up adsense di youtube

Wednesday, April 21, 2010

Bolehkah Membuat Duit di Internet Melalui Blog Adsense?

Sebelum kita menjawab tentang persoalan yang ditanya itu, saya ingin bertanya,sudahkah anda membuka akaun untuk mendapat email Google? Kalau belum lagi sila buka akaun di sini Gmail Google. Setelah anda memasuki laman berkenaan, lihat Tab Gmail, pilih tab Create An Account dan terus berdaftar.
Semua orang ingin membuat duit di Internet. Kalau kita dah pandai menggunakan komputer dan tahu untuk berinteraksi antara satu sama lain, melalui email, adalah kurang bijak kalau kita tidak mencuba. Lebih-lebih lagi kalau kita dah mampu untuk membina blog sendiri. Saya lihat banyak individu di Internet yang nampaknya begitu mahir membina blog sendiri, dengan topik-topik yang ditulis sangat bagus sekali, tapi itu hanyalah sebagai hobi semata-mata. Mengapa tidak dengan kebolehan menulis itu anda mencuba mempelajari bagaimana untuk membina sebuah blog yang di panggil blog Adsense, dan kemudiannnya anda menjana pendapatan dari blog yang anda bina itu.
Sekarang, apakah dia blog Adsense itu? Secara mudah blog Adsense ialah sebuah blog yang mengandungi kod Adsense yang di ambil dari laman web Google Adsense. Melalui kod Adsense inilah pihak Google meletakkan Ads(alat pengiklan) di laman web anda, dan jika ada pelawat membuat klik pada Ads itu.maka anda akan mendapat duit.
Di sini blog anda bertindak sebagai tempat di mana Google meletakkan bahan iklan mereka. Alat iklan ini di namakan sebagai Ads oleh Google. Kalau  di luar sana tu, sebagai analoginya, tanah adalah  bertindak sebagai sebuah blog. Jika tanah anda orang ingin meletakkan papan iklan mereka, sudah tentu, mereka kena bayar sewanya.Begitu juga perkara yang sama  berlaku  di blog Adsense anda. Cuma Google tidak akan bayar sewanya selagi tiada siapa yang membuat klik pada Ads yang ada pada blog anda itu. Jumpa lagi.

Sunday, April 18, 2010

Membina Adsense Blog - Sumber Duit di Internet, Sebagai Pendapatan Sampingan

Mari bersama saya untuk mempelajari bagaimana hendak membina laman web mudah melalui blog percuma.Sambil membina blog sambil kita meraih pendapatan dengan membuat duit di Internet.

Banyak orang bercakap tentang pendapatan sampingan boleh diperolehi melalui blog percuma, blogger.com dan blogspot.com. Kedua-dua laman web berkenaan  adalah sama sebenarnya. Boleh pilih mana-mana satu. Khidmat yang diberikan pula adalah percuma.

Jadi bagi orang baru yang ingin belajar bagaimana laman web itu di bina, maka di sinilah tempat yang paling sesuai untuk anda pilih. Tapi perkara yang paling asas yang perlu anda miliki ialah email Google. Untuk mendapat email Google bukanlah sesukar mana, kerana saya percaya anda juga pernah membuka akaun email di laman-laman tertentu di tempat lain. Jika anda pernah membuka email yahoo, maka pengalaman itu boleh digunakan untuk membuka akaun di laman Google.

Isikan maklumat anda baris demi baris. Dan jangan lupa untuk menulis nama dan alamat anda yang tepat. Ketepatan ini penting kerana jika terdapat pendapatan dari Adsense, maka nama dan alamat itulah yang akan digunakan oleh Google untuk menghantar cek kepada anda. Oleh itu supaya tidak menimbulkan sebarang kesulitan kemudiannya adalah lebih baik anda membuat penelitian di sini. Untuk membuka akaun email Google anda boleh melawati laman berikut http://www.google.com/ . Di bahagian atas laman web berkenaan terdapat satu tab yang bertanda Gmail.