Monday, May 31, 2010

Pendapatan Sampingan Untuk Guru Kolej Dan Pensyarah Di Internet!

Memang ramai guru kolej dan pensyarah telah menulis di internet melalui blog percuma blogspot dan wordpress. Tapi malang sekali sebahagian penulis tidak sedar bahawa, sambil menulis itu mereka juga boleh menjana pendapatan di internet. Sambil meluahkan idea hebat masing-masing, sambil itu juga dapat menjana duit! Persoalan ini mungkin mendatangkan banyak tanda tanya. Mana mungkin blog yang sunyi sepi itu mampu untuk memberi pendapatan sampingan!
Saya akan cerita serba ringkas sekali lagi walaupun saya sudah pun memberitahunya melalui tulisan sebelum ini. Anda sebenarnya boleh melakukannya sekiranya anda menyertai Program yang dianjurkan oleh pihak Google. Program yang dimaksudkan itu ialah program Google Adsense. Bagi menyertai program itu anda perlu mendaftarkan diri secara percuma di laman Google Adsense. Di akhir mengisi maklumat pendaftaran, anda diberi dengan satu kod istimewa, yang di namakan Kod Adsense. Kod ini kemudiannya, dikehendaki di 'copy and paste' pada laman blog yang anda bina. Jangan risau, untuk mengendalikannya bukanlah sesukar mana. Jika anda berdaftar di http://www.blogspot.com/ segala panduannya adalah jelas, mungkin bahasanya menjadi penghalang.
Satu lagi ciri yang perlu diberi perhatian ialah tulisan yang perlu dimuatkan di blog anda. Jika ingin menyertai program adsense, tulisan anda perlu unik yang berkaitan dengan niche yang anda mahir. Kalau sekarang ini perkara yang hebat dibincangkan ialah tentang bola sepak piala dunia 2010 di Afrika Selatan. Jika anda mempunyai idea untuk menulis tentang topik ini, saya sarankan ,ayuh maju. Tulis tiga atau lebih artikel tentang tajuk bola sepak, kemudian daftar di Google untuk mendapat Kod Adsense di sana.
Bagi mengetahui lebih lanjut tentang program ini anda boleh mula membaca dari blog ini, dari mula hingga ke tarikh hari ini, dan ikuti setiap saranan yang diberi supaya anda benar-benar memahaminya. Namun begitu jika anda masih mengalami masalah, anda boleh membuat komen melalui ruang komen yang disediakan. Selamat belajar. Sedikit,sedikit lama-lama jadi bukit.

No comments:

Post a Comment