Friday, June 18, 2010

Adakah Keyword Quality Menjadi Sasaran Website Publisher?

Iklan Ads yang terdapat pada Website Publisher(Pemilik Laman Web) , jika terdapat klik, akan dibayar bergantung kepada "keyword quality" yang dipilih oleh publisher berkenaan. Jadi amat penting, jika anda adalah salah seorang yang menyertai Program Google Adsense, melihat kepada pemilihan "keyword popularity" yang bermutu. Bagaimanakah anda hendak membezakan samada keyword itu  adalah bermutu atau tidak? Secara amnya bagi menentukan keyword itu bermutu atau tidak, anda perlu menyemak keyword popularity (katakunci yang popular) itu di Google Search: http://www.google.com/. Sebagai contoh, katakan anda ingin menulis tajuk artikel "Bisnes Internet Yang Sesuai Untuk Newbies". Semak keyword, katakan "bisnes internet", adakah keyword ini menjadi sasaran kepada pengunjung-pengunjung di internet?
Lihat setelah menaip keyword berkenaan pada Google Search, adakah terdapat banyak iklan Ads Google di sebelah kanan laman web berkenaan. Jika ada, memang jelas bahawa terdapat pengunjung le laman berkenaan setelah menaip  "internet bisnes". Biasanya pengggunaan keyword ini mempunyai nilai di sisi Google. Jika anda berlanggan dengan Google Adword, anda boleh mengetahui harga estimate kepada keyword berkenaan.
Selain daripada itu penggunaan keyword yang bermutu juga dapat membantu laman web anda berada pada kedudukan yang terbaik di Google Search Engine. Anda mesti ingat bahawa kedudukan ranking yang terbaik dapat meraih pendapatan internet yang tinggi, kerana di sana terdapat ramai pengunjung yang mencari "niche marketing" yang berkaitan dengan 'bisnes internet'.
Saya harap melalui artikel yang ringkas ini akan dapat membantu anda mencari "profitable niche" yang sesuai dengan produk yang ingin anda pasarkan, atau paling tidak menerima pengunjung yang ingin mencari maklumat yang berkaitan dengan 'bisnes internet' anda.
Untuk makluman anda pada muka surat ini terdapat perkataan yang telah di highlight di dalam Bahasa Malaysia dan juga di dalam Bahasa Inggeris. Mengapakah saya meletakkan "profitable niche" bukan menulis "niche yang bermutu tinggi"? Ingin  komen dari anda!

Saturday, June 5, 2010

Menambah Pendapatan Sampingan Melalui Penjanaan Trafik SEO

Menjana trafik ke laman web boleh dilakukan melalui berbagai cara. Tapi di sini saya akan menerangkan bagaimana hendak menjana trafik melalui teknik "SEO" atau di dalam Bahasa Inggeris di sebut sebagai Search Engine Optimization. Saya cuma ingin mengajukan satu soalan. Bagaimanakah  anda berjumpa laman blog ini? Adakah secara kebetulan atau dengan cara tidak sengaja? Adakah anda pergi ke http://www.google.com/ dan kemudian menaip pada all web "pendapatan sampingan guru kolej" atau "bisnes internet pensyarah" atau "pendapatan sampingan pensyarah" atau berbagai lagi yang berkaitan. Kalau begitu di manakah letaknya laman web yang anda lawati itu? Saya percaya anda kagum dengan kedudukan laman itu di kalangan pesaing di kalangan 10 yang terbaik di Google. Lebih-lebih lagi laman itu berada di kalangan mereka yang membuat iklan menawarkan produk dan servis yang mereka miliki.
Apakah sebenarnya tafsiran kedudukan laman ini kepada peniaga-peniaga di internet? Di sinilah tempat ahli-ahli perniagaan menawarkan produk atau servis mereka mencari pelanggan, dan di sinilah juga tempat pelanggan mencari produk atau servis untuk mereka miliki. Jadi untuk berada pada kedudukan yang terbaik, iaitu sepuluh yang teratas di search enjin, adalah sangat diidam-idamkan oleh mana-mana website owner, kerana inilah telaga emas mereka. Jika mereka dapat pada kedudukan ini, mereka sudah menguasai satu teknik mengambil bahagian di dalam pasaran yang dipanggil pasaran niche atau niche marketing. Mereka sudah berada pada kedudukan yang strategik dan hanya menunggu masa untuk menerima pelanggan menempah produk mereka.
Andai kata anda mempunyai blog adsense dan blog anda dilihat berada pada top ten di search engine, sudah pasti blog anda akan menerima banyak pelawat, dan pelawat yang besar akan meningkatkan lagi pendapatan blog adsense anda! Jadi sebagai tambahan kepada blog adsense ialah, anda perlu menguasai teknik SEO bagi menarik lebih ramai pelawat ke blog anda.
Saya akan terangkan prosesnya bagaimana blog anda boleh diletakkan pada kedudukan top ten di search engine Google untuk menambahkan pendapatan sampingan. Kita akan abaikan di Search Yahoo,MSN dan lain-lainnya.Yang pentingnya kita tahu teknik melakukannya.Pertama sekali pergi lawati http://www.google.com/ dan taip apa topik yang anda sukai dan lihat berapakah jumlah results yang tertera pada muka surat berkenaan. Jika lebih daripada 2,000,000 abaikan keyword berkenaan. Anda pilih pesaing web yang kurang daripada 2,000,000. Kita ambil satu contoh untuk menjelaskan pemahaman . Tujuan sebenarnya ialah untuk memilih tajuk bagi blog adsense yang hendak di bina nanti. Katalah tajuk blog yang anda ingin bina itu ialah 'Koleksi Mata Wang Lama Malaysia'. Lihat dulu keyword "matawang" di google dengan menaipkan "mata wang". Berapakah jumlah results yang dinyatakan? Pada ketika ini jumlah resultsnya ialah 153,000. Nampaknya keyword ini boleh digunakan di dalam tajuk blog nanti, kerana pesaingnya tidak besar. Kalau anda mendaftar dengan Google anda boleh tahu avg cost per click bagi keyword "mata wang". Anda boleh memilih tajuk-tajuk yang lain bagi blog anda, tapi gabungan tajuk mesti ada matawang.
Sebelum saya berundur, cuba pergi sekali lagi ke http://www.google.com/ ,pilih 'all web ' dan taip "pendapatan sampingan pesara pencen" , apakah yang anda lihat? Tulis komen untuk dibincangkan.

Thursday, June 3, 2010

Ada Penulis Blog Yang Tidak Menyertai Program Adsense!

Mengambil bahagian di dalam bisnes internet Program Adsense adalah sangat sesuai terutama sekali bagi mereka yang berminat di dalam penulisan di internet. Sambil menulis dan pada ketika yang sama mereka menjana pendapatan. Bunyinya agak pelik juga. Tanpa menjual apa-apa mereka sudah meraih duit di internet. Kalau ada orang mampu , mengapakah  tidak anda?  Mari kita  menyertai program Adsense, sebagai langkah pertama untuk memulakan perniagaan di internet.
Untuk menyertai program ini anda mesti membuka akaun email di Google Gmail. Selepas itu sebagai satu medan untuk menulis, anda dikehendakki pula membuka akaun blog percuma di http://www.blogspot.com/ Membuka akaun blog percuma ini adalah sesuai bagi newbies(the beginners) kerana selok belok bagaimana mengendalikan web ditunjukkan di sini. Teknik dan kaedah mengupload imej, menggunakan widget, meletakkan kod html dan sebagainya mudah difahami, dan boleh membantu anda nanti apabila anda berminat dan mampu untuk menggunakan website berbayar.
Setelah anda membina blog dan dapat menulis beberapa artikel(sekurang-kurang tiga artikel) berkaitan dengan 'niche' tertentu, maka bolehlah anda membuat pendaftaran di laman web Google Adsense untuk mendapatkan kod Adsense. Kod Adsense ini akan anda 'copy dan paste' pada laman blog yang anda bina. Untuk pendaftaran Adsense anda boleh guna laman web ini GoogleAdsense. Walau bagaimana pun sebagai langkah pertama adalah lebih baik anda membaca segala perkara yang berkaitan dengan 'term and service' agar program adsense dapat berjalan dengan baik dan tidak ditolak oleh Google nanti. Bagaimana response anda tentang program ini! Sila beri sedikit komen tentang program ini.