Saturday, June 5, 2010

Menambah Pendapatan Sampingan Melalui Penjanaan Trafik SEO

Menjana trafik ke laman web boleh dilakukan melalui berbagai cara. Tapi di sini saya akan menerangkan bagaimana hendak menjana trafik melalui teknik "SEO" atau di dalam Bahasa Inggeris di sebut sebagai Search Engine Optimization. Saya cuma ingin mengajukan satu soalan. Bagaimanakah  anda berjumpa laman blog ini? Adakah secara kebetulan atau dengan cara tidak sengaja? Adakah anda pergi ke http://www.google.com/ dan kemudian menaip pada all web "pendapatan sampingan guru kolej" atau "bisnes internet pensyarah" atau "pendapatan sampingan pensyarah" atau berbagai lagi yang berkaitan. Kalau begitu di manakah letaknya laman web yang anda lawati itu? Saya percaya anda kagum dengan kedudukan laman itu di kalangan pesaing di kalangan 10 yang terbaik di Google. Lebih-lebih lagi laman itu berada di kalangan mereka yang membuat iklan menawarkan produk dan servis yang mereka miliki.
Apakah sebenarnya tafsiran kedudukan laman ini kepada peniaga-peniaga di internet? Di sinilah tempat ahli-ahli perniagaan menawarkan produk atau servis mereka mencari pelanggan, dan di sinilah juga tempat pelanggan mencari produk atau servis untuk mereka miliki. Jadi untuk berada pada kedudukan yang terbaik, iaitu sepuluh yang teratas di search enjin, adalah sangat diidam-idamkan oleh mana-mana website owner, kerana inilah telaga emas mereka. Jika mereka dapat pada kedudukan ini, mereka sudah menguasai satu teknik mengambil bahagian di dalam pasaran yang dipanggil pasaran niche atau niche marketing. Mereka sudah berada pada kedudukan yang strategik dan hanya menunggu masa untuk menerima pelanggan menempah produk mereka.
Andai kata anda mempunyai blog adsense dan blog anda dilihat berada pada top ten di search engine, sudah pasti blog anda akan menerima banyak pelawat, dan pelawat yang besar akan meningkatkan lagi pendapatan blog adsense anda! Jadi sebagai tambahan kepada blog adsense ialah, anda perlu menguasai teknik SEO bagi menarik lebih ramai pelawat ke blog anda.
Saya akan terangkan prosesnya bagaimana blog anda boleh diletakkan pada kedudukan top ten di search engine Google untuk menambahkan pendapatan sampingan. Kita akan abaikan di Search Yahoo,MSN dan lain-lainnya.Yang pentingnya kita tahu teknik melakukannya.Pertama sekali pergi lawati http://www.google.com/ dan taip apa topik yang anda sukai dan lihat berapakah jumlah results yang tertera pada muka surat berkenaan. Jika lebih daripada 2,000,000 abaikan keyword berkenaan. Anda pilih pesaing web yang kurang daripada 2,000,000. Kita ambil satu contoh untuk menjelaskan pemahaman . Tujuan sebenarnya ialah untuk memilih tajuk bagi blog adsense yang hendak di bina nanti. Katalah tajuk blog yang anda ingin bina itu ialah 'Koleksi Mata Wang Lama Malaysia'. Lihat dulu keyword "matawang" di google dengan menaipkan "mata wang". Berapakah jumlah results yang dinyatakan? Pada ketika ini jumlah resultsnya ialah 153,000. Nampaknya keyword ini boleh digunakan di dalam tajuk blog nanti, kerana pesaingnya tidak besar. Kalau anda mendaftar dengan Google anda boleh tahu avg cost per click bagi keyword "mata wang". Anda boleh memilih tajuk-tajuk yang lain bagi blog anda, tapi gabungan tajuk mesti ada matawang.
Sebelum saya berundur, cuba pergi sekali lagi ke http://www.google.com/ ,pilih 'all web ' dan taip "pendapatan sampingan pesara pencen" , apakah yang anda lihat? Tulis komen untuk dibincangkan.

No comments:

Post a Comment