Dulu saya telah menyebut tentang duit internet yang boleh di janakan melalui penyertaan Program Google Adsense. Saya harap anda sudah pun membina blog Adsense yang mudah berkaitan dengan Niche yang anda mahir. Atau anda hanya mempunyai blog yang belum lagi meletakkan kod Adsense! Kalau begitu tidak mengapa. Anda sediakan dulu tiga artikel, melalui 3 kali pos, kemudian publish. Jika anda sudah bersedia anda boleh terus ke laman berikut: Google Adsense . Seterusnya klik dan layari laman Google Adsense. Di sana belajarlah apa yang patut, dan jangan lupa untuk menyelami tentang syarat dan polisi yang disenaraikan.
Penglibatan Diri di Dalam Program.
Mengambil bahagian di dalam Program Google Adsense perlu mematuhi segala prasyarat-prasyarat dan polisi-polisi yang dijanjikan oleh Google. Anda boleh mengetahui perkara berkaitan di laman https://www.google.com/adsense/policies, dan untuk melihat sebarang perubahan terhadap polisi oleh Google, anda boleh terus melayari laman yang disediakan di atas dari masa ke semasa.
Di sini saya cuba ringkas beberapa syarat dan polisi yang digariskan di laman Adsense. Ianya belum lengkap dan muktamad. Untuk lebih detail dan lengkap anda boleh ikuti di sana.
Google mempunyai hak untuk menolak mana-mana individu yang mengambil bahagian di dalam program ini mengikut budi bicaranya.
Antara syaratnya ialah :
(1) pastikan umur anda tidak kurang daripada 18 tahun.
(2) tidak dibenarkan mempunyai lebih daripada satu akaun
(3) laman web/blog yang berbentuk porno dan subversif tidak dibenar sama sekali.
(4) tidak dibenarkan membuat klik pada ads pada laman blog sendiri.
(5) tidak dibenarkan mengubahsuai Javaskrip dan lain-lain program yang disediakan oleh Google,kecuali dengan mendapat kebenaran dari pihak Google.
(6) Bagi Program for Content:
Ads unit yang hendak diletak pada laman sendiri perlu mematuhi kecirian yang ada pada laman berkenaan. Jika laman anda berkaitan dengan binatang, maka ads yang ditunjukkan tidak boleh yang berwajah kapal terbang.Namun begitu setiap langkah yang anda lakukan sentiasa dipantau oleh Google dari masa ke semasa. Dan jika langkah anda bertentangan dengan apa yang diminta oleh Google, maka mungkin anda boleh di ban dari menyertai program Adsense ini. Jangan lupa untuk mematuhi "placement guidelines" yang disediakan untuk anda teliti.
Lain-lain program Adsense yang disediakan termasuk Adsense for Feed, Adsense for Search, Adsense for Referrals, Adsense for Video dan Adsense for Domain. Anda boleh tahu makna setiap program apabila anda memasuki laman Google Adsense. Setiap satu program mempunyai polisi yang perlu anda patuhi
Jana pendapatan mudah tanpa modal
No comments:
Post a Comment