Sejak beberapa tahun kebelakang ini Program Google Adsense telah muncul sebagai topik, yang dibincang hangat di majlis seminar dan juga forum antara bangsa, dan lebih hebat lagi di laman blog alam maya, yang dipanggil internet.
Banyak cerita tentang kehebatan individu tertentu, yang menjadi kaya, sehingga bergelar jutawan, hanya sekadar membuat bisnes internet di rumah secara sambilan. Nampaknya Google Adsense telah dapat menguasai bisnes pemasaran internet dengan nyata, dan di anggap sebagai cara yang paling mudah untuk menjana duit di internet.
Kunci kepada kejayaan itu adalah kerana mereka berjaya meletakkan kata kunci yang mempunyai nilai permintaan yang tinggi pada laman web mereka. Hasilnya mereka berjaya mensasarkan trafik yang besar ke laman mereka. Trafik yang besar, di jangka dapat menghasilkan klik yang banyak, terhadap "ads" yang di paparkan di laman itu.
Di laman blog terdapat 2 individu yang berinteraksi antara satu sama lain. Satu, ialah penerbit yang empunya blog berkenaan, dan kedua ialah pengiklan, yang meletakkan iklan pada laman blog penerbit. Di sini bukanlah pengiklan yang meletakkan "ads" dalam erti kata yang sebenarnya.Kaedah untuk meletakkan "ads" pada laman blog tersebut , adalah bergantung kepada budi bicara pihak Google.Pengiklan hanya membayar kepada Google jika terdapat klik pada "ads" yang berkaitan, dan sebaliknya pada masa yang sama, pihak Google akan membayar kepada penerbit bagi setiap klik yang dilakukan oleh pelawat terhadap "ads" itu. Keadaan sebenar, Google bukanlah meletakkan "ads" itu secara manual, tapi melalui kaedah "syndication" terhadap kata kunci, dan secara otomatik ads akan terpapar, bergantung kepada jenis isi kandungan yang terdapat pada muka surat berkenaan. Sebagai contoh, jika konten laman web adalah berkaitan dengan kucing, maka ads yang akan singgah disitu adalah juga berkaitan dengan kucing.
Jadi,saya harap sebagai orang baru(newbie),untuk menjalankan perniagaan di internet, pilihlah program adsense sebagai langkah mula untuk membuat kerja sambilan di rumah. Jangan lupa untuk melawat Program Adsense di laman berikut: program adsense
No comments:
Post a Comment