Sebelum kita menjawab tentang persoalan yang ditanya itu, saya ingin bertanya,sudahkah anda membuka akaun untuk mendapat email Google? Kalau belum lagi sila buka akaun di sini Gmail Google. Setelah anda memasuki laman berkenaan, lihat Tab Gmail, pilih tab Create An Account dan terus berdaftar.
Semua orang ingin membuat duit di Internet. Kalau kita dah pandai menggunakan komputer dan tahu untuk berinteraksi antara satu sama lain, melalui email, adalah kurang bijak kalau kita tidak mencuba. Lebih-lebih lagi kalau kita dah mampu untuk membina blog sendiri. Saya lihat banyak individu di Internet yang nampaknya begitu mahir membina blog sendiri, dengan topik-topik yang ditulis sangat bagus sekali, tapi itu hanyalah sebagai hobi semata-mata. Mengapa tidak dengan kebolehan menulis itu anda mencuba mempelajari bagaimana untuk membina sebuah blog yang di panggil blog Adsense, dan kemudiannnya anda menjana pendapatan dari blog yang anda bina itu.
Sekarang, apakah dia blog Adsense itu? Secara mudah blog Adsense ialah sebuah blog yang mengandungi kod Adsense yang di ambil dari laman web Google Adsense. Melalui kod Adsense inilah pihak Google meletakkan Ads(alat pengiklan) di laman web anda, dan jika ada pelawat membuat klik pada Ads itu.maka anda akan mendapat duit.
Di sini blog anda bertindak sebagai tempat di mana Google meletakkan bahan iklan mereka. Alat iklan ini di namakan sebagai Ads oleh Google. Kalau di luar sana tu, sebagai analoginya, tanah adalah bertindak sebagai sebuah blog. Jika tanah anda orang ingin meletakkan papan iklan mereka, sudah tentu, mereka kena bayar sewanya.Begitu juga perkara yang sama berlaku di blog Adsense anda. Cuma Google tidak akan bayar sewanya selagi tiada siapa yang membuat klik pada Ads yang ada pada blog anda itu. Jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment